FAKTOR BERLAKUNYA KEMALANGAN JALAN RAYA
Dalam arus globalisasi, masalah kecelakaan jalan raya telah menjadi masalah nasional. Fenomena ini telah mencapai paras tinggi dalam penentuan kadar kematian rakyat malaysia. Jalan raya yang sepatutnya menjadi laluan untuk kemudahan awam seolah – olah bertukar fungsi menjadi pembunuh nombor satu negara. Hal ini semakin membimbangkan dan meruncing dalam meniti arus kemajuan negara. Pelbagai punca telah dikenal pasti sebagai penyebab berlakunya kemalangan jalan raya yang semakin meningkat hari demi hari.
Antara punca berlakunya kemalangan jalan raya di Malaysia ialah sikap pemandu yang memandu kenderaan melebihi had laju yang dibenarkan. Hal ini disebapkan oleh pemandu ingin menunjukkan kehebatan mereka kepada pemandu lain. Selain kesuntukan masa untuk menuju ke destinasi tertentu. Sebagai contoh, pemandu menjadikan jalan raya sebagai medan lumba haram untuk memenagi pertaruhan dengan pemandu lain. Selain itu, mereka terburu buru untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju dan terus memecut kenderaan mereka untuk sampai tepat pada waktunya tanpa memikirkan kesannya kepada pengguna jalan raya yang lain. Akibatnya berlaku pertembungan antara kenderaan yang menyebabkan berlakunya tragedi kemalangan yang boleh meragut nyawa pemandu dan penumpang yang tidak berdosa. Oleh hal yang demikian, memandu melebihi had laju yang ditetapkan merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya di Malaysia. “Biar lambat asalkan selamat”.
Selain itu punca berlakunya kemalangan jalan raya adalah pemandu memandu di bawah pengaruh alkhohol. Hal ini menyebabkan pemandu tidak dapat memandu dengan betul dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain akibat pengambilan alkohol dalam kuantiti yang belebihan. Sebagai contoh, pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol menyebabkan pemandu berasa khayal dan mabuk serta tidak dapat memberi daya tumpuan yang baik ketika memandu. Akibatnya, pemandu akan hilang tumpuan dan memandu dalam keadaan merbahaya dan bertindak hanya mengikut emosi yang akan mengundang kecelakaan jalan raya. Kesimpulannya, memandu di bawah pengaruh alkohol merupakan salah satu asbab berlakunya kemalangan jalan raya.
Selain itu, punca – punca berlakunya kemalangan jalan raya adalah disebapkan pemandu yang tidak memakai tali pinggang keselamatan. Pemandu menganggap bahawa memakai tali pinggang keselamatan adalah tidak perlu dan tidak mendatangkan apa – apa faedah kepada pemandu. Sebagai contoh, pemandu tidak memakai tali pinggang kerana merasakan penggunaan tali pinggang keselamatan menyekat pergerakan pemandu di dalam kereta. Akibatnya, pemandu bebas bergerak dan tumpuan ke atas jalan raya berkurangan, mengakibatkan risiko berlakunya kemalangan meningkat. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pemandu yang tidak memakai tali pinggang merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya.
Selain itu, punca berlakunya kemalangan jalan raya adalah pemandu tidak menumpukan perhatian semasa memandu. Hal ini disebapkan ketidakpatuhan pemandu kepada peraturan jalan raya dan sikap gemar berkayuh sambil bertimba semasa memandu. Tamsilannya, pemandu menggunakan telefon bimbit semasa memandu tanpa memakai handfree dan memandu menggunakan sebelah tangan sahaja. Kesannya, pemandu akan hilang tumpuan semasa pemanduan sehingga mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya berpunca daripada ketidakpatuhan pemandu kepada peraturan jalan raya dan tidak memberi penumpuan sepenuhnya semasa memandu selaras dengan pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Seterusnya, menggunakan telefon bimbit ketika memandu juga merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya. Hal ini demikian kerana pemandu tidak dapat memfokuskan tumpuan ke arah pemanduan yang berhemah. Sebagai contoh, pemandu menggunakan telefon bimbit ketika memandu di jalan raya. Akibatnya, pemandu akan mengalami kecelaruan emosi semasa berbual di dalam talifon dan hilang tumpuan ketika memandu yang membawa kesan dramatik kepada kemalangan jalan raya. Dengan ini jelaslah bahawa, menggunakan telefon bimbit ketika memandu merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya.
Sementelahan, punca berlakunya kemalangan jalan raya adalah pemandu memandu dalam keadaan penat. Oleh hal yang demikian, pemandu akan hilang tumpuan ketika memandu di jalan raya. Sebagai contoh, pemandu keletihan akibat bekerja sepanjang hari di tempat kerja. Kesannya semasa memandu di atas jalan raya, pemandu mudah mengantuk yang mengakibatkan hilangnya tumpuan dan mendorong berlakunya kemalangan jalan raya. Malang tidak berbau, Itulah akibatnya jika pemandu memandu dalam keadaan penat dan keletihan selepas pulang dari tempat kerja.
Secara tuntasnya, semua pihak hendaklah berganding bahu dan bersatu hati dalam memastikan usaha untuk mengurangkan statistik kemalangan jalan raya. Masyarakat perlu peka dan mengambil langkah dan perubahan yang drastik untuk menangani kemalangan jalan raya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah membiarkan permasalahan ini daripada terus berlarutan menjadi virus yang menjangkiti dan membelenggu pengguna jalan raya. Oleh hal yang demikian, kita perlulah mengamalkan sikap mencegah lebih baik daripada mengubati agar dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.
Hey nak huraian boleh tk
ReplyDeleteBodoh
Deletekwkwkwkwk
DeletePukammamak
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHuraian yang menarik
ReplyDeleteThanks alot
ReplyDelete