Pages

1

1

Friday, October 1, 2010


Kes penderaan pembantu rumah.

Kes penderaan pembantu rumah sedang hangat diperkatakan pada masa kini. Kes ini semakin menular dan sukar ditangani oleh pihak kerajaan. Ia berpunca daripada terdapat segelintir majikan yang tidak dapat mengawal kewarasan akal fikiran mereka sehingga membuat sesuatu di luar batasan. Pembantu rumah juga manusia, mereka bukanlah ‘haiwan robotik’ yang tidak mempunyai jiwa dan hati. Namun, sebenarnya pembantu rumah juga haruslah bersikap rajin dan patuh pada arahan supaya mereka tidak didera tanpa sebab.

Setiap hari kita mendengar berita yang mengatakan pembantu rumah didera oleh majikan mereka. Baik di media cetak mahupun media eletronik. Hal ini kerana terdapat pembantu rumah yang melakukan kerja secara sambil lewa, tidak menepati kehendak majikan serta perkhidmatan yang mereka berikan tidak setaraf dengan jumlah gaji yang dibayar. Oleh itu kita perlulah berhati – hati ketika memilih pembantu rumah dan melatih mereka terlebih dahulu sebelum pembantu rumah melakukan kerja harian di rumah seperti memasak, mengemas rumah, menjaga kanak – kanak dan sebagainya. Kal ini demikian kerana, kerana terdapat sesetengah pembantu rumah yang tidak mempunya kemahiran dalam pengurusan rumah tangga. Dengan ini kes penderaan pembantu rumah akan dapat dikurangkan jika setiap pembantu rumah melakukan kerja dengan sempurna.

Antara kesan kes penderaan pembantu rumah yang paling ketara kepada negara adalah mencemarkan nama baik dan imej negara. Hal ini demikian kerana, terdapat benyak kes penderaan yang melibatkan pembantu rumah dalam negara ini. Hal ini disebabkan oleh ketegangan hubungan antara majikan dan pembantu rumah sehingga terjadinya kes penderaan. Sebagai contoh, negara luar akan memandang rendah terhadap sistem yang dijalankan di negara ini kerana tidak menjaga kebajikan pembantu rumah warga asing sehingga terdapat majikan yang tidak berperi kemanusiaan terhadap pembantu rumah dengan mencederakan mereka. Oleh hal yang demikian, masyarakat luar tidak mahu datang ke Malaysia kerana mereka sentiasa peka dengan hal yang berlaku di negara ini dan memandang rendah terhadap Malaysia. Dengan ini, jelaslah bahawa kes penderaan pembantu rumah akan mencemarkan nama baik dan imej negara di mata dunia.

Seperti yang kita sedia maklum, pekerja warga asing tidak akan datang ke Malaysia jika penderaan ini berlaku secara berterusan. Hal ini disebabkan oleh kebimbangan yang menyelubungi mereka apabila mengetahui kejadian yang berlaku kepada warganegara mereka yang berkerja di Malaysia. Sebagai contoh, mereka mengetahui pelbagai kejadian penderaan yang berlaku kepada pembantu rumah melalui media massa dan media cetak. Hal ini akan mempengaruhi minda mereka untuk tidak datang dan bekerja di Malaysia. Secara tidak langsung, perkara ini akan menjejaskan ekonomi negara. Dengan ini jelaslah bahawa kesan penderaan ini mempengaruhi warga asing untuk datang negara ini bagi mencari peluang pekerjaan.

Antara langkah vital lagi imperatif yang boleh digunakan bagi mengatasi kes penderaan pembantu rumah ialah majikan perlu bertolak ansur dengan pembantu rumah mereka. Hal ini demikian kerana, pembantu rumah merupakan pengganti ibu dan bapa menggalas tugas sebagai suri rumah. Sebagai contoh, majikan tidak mahu bertolak ansur dengan pembantu rumah mereka dengan memarahi dan mengherdik jika pekerja mereka melakukan sedikit masalah. Perkara ini akan menjadikan majikan menghadapi tekanan emosi seterusnya akan menegangkan hubungan antara majikan dan pembantu rumah. Jelaslah bahawa, sikap bertolak ansur perlulah digarap dalam sanubari pasa setiap majikan agar pembantu rumah dapat melakukan tugas mereka dengan efektif dan efisennya.

Sementara itu, kerajaan perlulah mengehadkan pengambilan pembantu rumah warga asing. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir pembantu rumah yang tidak amanah dan kurang bertanggungjawab semasa melakukan kerja ketika ketiadaan majikan di rumah. Misalnya, pembantu rumah mengambil kesempatan dengan mencuri harta benda majikan yang penting. Kesannya, majikan hilang kepercayaan terhadap pembantu rumah dan memberikan impak negatif yang optimum kepada keluarga majikan. Dengan ini, jelaslah bahawa kerajaan terpaksa mengehadkan pengambilan pembantu rumah bagi mengelakkan pelbagai masalah yang timbul, berpunca daripada sikap pembantu rumah yang kurang amanah dan tidak bertanggungjawab ketika menjalankan tugasan yang diarahkan.

Daripada sudut perspektif yang lain, isu penderaan pembantu rumah juga boleh menjadikan hubungan antara dua buah negara menjadi renggang. Hal ini demikian kerana, kerajaan negara asal sudah tentu akan mengambil tindakan terhadap negara yang terjadinya kes penderaan terhadap warganegara mereka. Perkara ini boleh mewujudkan impak negatif secara makro dan mikro. Contohnya, negara Malaysia dan Indonesia yang merupakan negara serumpun kini terpisah disebabkan oleh pembantu rumah. Lantaran itu, jelaslah bahawa isu penderaan pembantu rumah amat sensitif dan tidak boleh dipandang remeh kerana boleh mengakibatkan kerenggangan hubungan diplomatik antara dua buah negara.

Dalam pada itu, pelancong asing berasa curiga untuk bertandang ke Malaysia kerana mereka beranggapan bahawaMalaysia sebuah negara yang tidak aman kerana berlakunya kekasaran terhadap warga asing. Isu ini membawa konotasi yang negatif kepada ekonomi negara. Sebagai contoh, pelancong berasa takut untuk ke Malaysia kerana mereka sering terdengar akan kes penderaan pembantu rumah melalui media massa terutama internet sebagai sumber ubtuk mendapatkan berita terkini dengan lebih pantas. Tamsilnya, pelancong dari luar negara mengambil keputusan untuk tidak melancong ke nagara ini. Dengan ini mengakibatkan sumber ekonomi pelancongan negara semakin merudum saban hari akibat daripada kekurangan kedatangan pelancong ke negara ini. Dengan ini jelaslah bahawa polemik ini akan mendatangkan impak negatif kepada sektor pelancongan negara dan menyebabkan ekonomi negara merosot teruk.

Kini,negara malaysia sudah menjadi sebuah negara yang metropolitan yang canggih lagi moden. Oleh itu, rakyat malaysia sewajarnya tidak mengharapkan pembantu rumah dalam pengurusan rumah tangga. Hal ini demikian kerana generasi sekarang merupakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara yang akan mengambil alih pucuk pimpinan negara pada masa akan datang. Rakyat malaysia perlulah berdikari serta tidak bergantung kepada pembantu rumah dalam menguruskan urusan harian dan rumah tangga. Semua pihak hendaklah berganding bahu dan bersatu hati dengan mengambil langkah – langkah yang sewajarnya lagi proaktif untuk menyelesaikan masalah yang semakin berleluasa ini kerana muafakat membawa berkat. Dengan ini, imej negara akan terjaga dan nama negara dapat diharumkan ke segenap pelusok dunia. Kita turut dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara – negara lain.


Hasil Nukilan para pelajar 4 Sains 2010


No comments:

Post a Comment